s

Isnin, 25 Februari 2013

Hujan Oh Hujan









Lambat dpt update sbb banyak benda yang nak dibuat masa cuti.. Ingat dapat la nak jadi photographer tp sbb cuaca yg tidak mengizinkan (hujan lebat), dapat la tangkap gambar Niu Niu, Nickhun, Adek dan Phantom. Nickhun kena selesema balik, Phantom makin kurus tapi makan banyak, Adek pun kurus tapi sbb xnak masuk rumah, nampak je Pak Cik Mat terus cabut lari. Bulu still maintain bersih dan lembut, pandai Adek jaga bulu.

Niu Niu makin nakal, lompat sana lompat sini, terjun sana terjun sini, lari, main dgn tikus, koyak kan kotak, tumpahkan air, mogok, tunjuk perasaan. Dan macam2 lagi. Dah pandai cari back up (Abah) bila kena marah, lambat bagi makan – dia tumpahkan air n mangkuk makan, paksa org main dgn dia, buka sliding door sbb nak kluar dan sepah kan barang kat rumah. Niu Niu makin tembam, makan banyak, tido banyak, sangat manja, melawan klu kena marah. Dulu 2 kg BritCare tahan tuk 1 bulan sekarang dkt 3 kg sebulan, lepas ni kena beli pack besar la…pokai la Kak Dee nak beli makanan ni…

Niat nak beli sangkar tak termakbul lagi. Maybe next month, beli masa Cat show kt Putrajaya.



Nickhun yg selesema, lepas muntah kena makan rumput. Pastu makan Blackwood balik. Eh Abg Hensem datang la.. mesti bau Blackwood ni..Kak Dee cepatla bagi Blackwood tu kang abis Abg Hensem balon.


 Sedapla Blackwood ni Kak Dee...kenyang perut Adek. Nti Kak Dee beli banyak2 tau. Hujan2 ni perut lapar n mata ngantuk la


Besornyer mata. Niu Niu on attack mode..lalat di depan mata. Arwah dah lalat tu kena kerja dgn dia.



Kak Dee cepatla tangkap gambar penat posing ni, asyik nak tangkap gambar je. Phantom dah lapar ni..nti Nickhun makan kibble org.


Ni je yg dapat tangkap ahad lepas. Hujan lebat sangat. Budak2 bulus main kt kawasan rumah je. Nti Kak Dee upload gambar yg lain..

See you next time.... :)


Jumaat, 22 Februari 2013

Bermulanya di sini.....

Cepatnyer masa berlalu...
Sekejap je dah hari Jumaat yg mulia ni

Semalam hari yang menyedihkan untuk Dee sebab...Marble (babycat) yang baru ditemui dua minggu lalu bersama lagi 5 ekor anak kucing telah mati dilanggar. Keadaan Marble sgt teruk dan tak dapat berkongsi gambar dengan korang. 

Masih ingat lagi kecomelan marble n geng yang selalu berlari-lari setiap kali mendengar bunyi motor kapcai Dee datang. Dari 6 ekor babycat, sekarang hanya tinggal 2 ekor sahaja. Ajal mereka telah sampai. Allah S.W.T lebih menyayangi mereka...

Tinggal si gendut n si kering je...Gendut yang buncit n kuat makan dgn Kering yang kurus sangat tapi makan banyak...semoga mereka panjang umur...

Semalam tak sempat nak pergi singgah bagi makan kat Oyen, Tompok n Kiki...balik ni mesti singgah kalau tak mesti kebulur la diaorang....

Semalam Si Chi Chi Gedik anak Fida baru kena kejar dan gigit dgn kucing liar aka Abang Hensem. Tula kan dah pesan jangan pergi mengayap jauh-jauh tapi tak nak dengar kan dh berlubang kaki tu. Melawan lagi cakap Mummy Fido ko...padan muka..

Hari ni kalau sempat nak jadi photographer jap. Pergi tangkap gambar si comel bulus dan share dengan korang...Wish me luck ...nk tangkap gambar budak-budak yang tak reti duduk diam.... see you soon....

Khamis, 21 Februari 2013

First Time Blogger..



Assallamualaikum pembuka kata..
salam sejahtera, salam ceria.. salam ukhwah dan salam perpaduan...

Nama di daftarkan NorDiana Binti Hassan. Lebih mesra dipanggil Dee, Dinot, Diana and etc.
Pertama kali menjadi seorang blogger...kira-kira baru nk menjinak kan diri ..
Seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak...seorang yang sangat suka bercakap tapi juga seorang yang beremosi...boleh menjadi sangat pendiam...Sangat berminat menjadi seorang petani moden tapi tak mampu lagi nak beli tanah so tanam kecil-kecilan kt depan rumah... pet lover...akan berkongsi cerita tentang minat berkebun dan pet kesayangan (merangkap adik kesayangan kat rumah) Niu Niu...
 







tak tau nak tulis aper lagi ..to be continue...hehehe...


***Dee***