s

Rabu, 3 Julai 2013

Setelah Lama Menyepi....

Dah bersawang blog ni tanpa sebarang update...

Blog yg telah lama ditinggalkan tanpa sebarang berita.. Byk cerita yg hendak dikongsi tp xtau nak mula kat mane..

 Kesihatan Abah dah makin elok tp masih lagi lemah n sakit2  belakang (bhgn belikat). Cuma berat badan Abah dah susut n selera pun dah berkurang. Abah n Mak slalu batuk 2 terutama musim jerebu ni. Aper lagi dgn pulus simpanan yg sikit ni dpt melanggan (sewa) air purifier jenama Coway - Lombok II - RM  100/bulan. Ingatkan kecik je tp bila sampai boleh tahan besar gak.

Haritu  sempat pergi ke Pet World Malaysia di Midvalley dgn Ayu n Fadilah n rakannya... dapat byk sample 2 makanan n snack. Geram betul tgk kucing dan anjing yg kiut-miut tu. Tahun depan klu xde aral melintang confirm pergi lagi. Fida menyesal tak ikut dh ajak tp pulus kurang katanya...

Kebun semua dh mati sbb xdpt nk jaga mas Abah sakit n cuaca panas tp dh start batch baru minggu ni. Benih yg ditanam spt Lettuce, Radish, Beetroot, Wildrocket & byk lg.

Nti upload gambar2 batch baru ni... 

Dee 


Khamis, 25 April 2013

Oh blog ku....


Lama dh xupdate blog ni. sorry sangat...
Phanthom dah xde sebab kena virus... Makan banyak tapi kurus sgt. Si Nickhun pula asyik selesema je. Vet dah bagi ubat pun masih kena lagi. Niu Niu pula makin tembam makan dh kurang tapi tidur makin banyak terutama time musim hujan ni. Sampai nk masuk dlm rumah pun susah sbb dh xmuat nk masuk ikut grill. Kena buka grill baru leh masuk. 

Hari ni nak kenal kan anak Fida yg sihat n baru berumur 9 bulan, Chi Chi Gedik (nama dlm kad vaksin). lupa nak bagi tau yg Chi Chi ni Jantan tp nama betina. Makin degil, nak makan wetfood yg mahal je Fiskies n Whiskers xjalan, nak Fancy Feast or Royal Feast je. Skrg makan Royal Canin yg lain xnak makan, pokai la mak hang.


Hai nama saya Chi Chi. Comel x saya?

Lupa pula nk upload gambar kebun, haritu semai biji benih tp sikit je yg tumbuh lain kena makan dgn belalang n siput. 


Macam malu-malu je nak hidup. lepas kena hujan lebat
Insyaallah akan update blog lagi soon....

Kak Dee..

 

 

Jumaat, 29 Mac 2013

Salam sejahtera kepada semua...


Kak Dee dh mula berkebun minggu lepas. Benih-benih beli dari Kebun Bahagia Bersama byk juga yg beli. Nanti Kak Dee senaraikan & upload skali gambar benih dan anak benig yg dh bercambah.

Hari Sabtu hari tu pergi British International School kat Bandar Utama tgk Cat Show..tp macam kecik je xbest sangat. Sempat dpt snap 3 gambar je, tu pun gmbar org lain.

Muka stress je kucing ni mesti kena paksa masuk show ni.

Berat betul ko ni makan aper ye...mestila kita kan Maine Coon (kucing paling besar). Daddy kita bagi makan RC la

Garangnyer muka...cam mare je amik gambar dia. No picture please !!


Kak Dee dapat snap gambar si Niu Niu ni masa bangun tidur. Pemalas betul budak ni. Asyik tido je. Mentang-mentang xde orang kacau dia. Kak Dee ajak keluar pergi main. Dia sambung tido. Geram betul dgn dia. Perut pun makin bulat.


Bangun Niu Niu dah tengahari ni...Yela dh bangun pun. Kacau la Kak Dee ni.

Bangun pagi gosok gigi...cuci muka sekali..

Jilat tangan dan muka..dh la tu Kak Dee tangkap gambar

Kacau betul la. Niu Niu jgn gerak nak tangkap gambar la.

Yela..hah cepat tangkap byk2..Cepatla penat posing ni..Ni nape cucuk2 perut n lemak orang ni. Taula jealous xde

Ngantuk lagila...Bagi la 5 min je lagi..Kak Dee


Abah balik kampung, klu Abah ada mesti xmarah Niu Niu tido tau. Jap la 5 min lagi
Bangun cepat kang xbagi makan baru tau.... Yela sayang Kak Dee..Niu Niu nk Brit Care n Royal Feast ye. Byk cantik nk makan banyak tapi tido je keje ko.. 

Abisla Kak Dee dh start bebel baik bangun tp ngantuk lagi la.

Khamis, 21 Mac 2013

Minggu yg mencabar n memilukan...


Huhu ...jangan mare ye sebab lama xupdate blog...

Minggu lepas merupakan minggu paling busy skali sebab Abah Kak Dee accident dan admit kat NCI, Nilai. Doc suruh Abah byk berehat sbb Abah kena kecederaan pada kepala. Bengkak dia besar cam nasi lemak 50 sen. risau je ada tekanan pada tengkorak. So abah kena X-ray, MRI Scan, blood test, urin test (sbb ada darah dlm urin). Dua hari dlm wad Abah dh minta balik sbb boring Abah kata. Doc xbagi keluar tp Abah nak gak balik sbb duduk kt hospital asyik makan n tido je. Hasil test xde pape cuma bengkak kat kepala belum surut, kaki terseliuh, belikat n tangan sakit n ada luka kat kaki tangan n bahu. Sian Abah, nak jalan pun susah, nak tido pun susah, bergerak pun sama. Niu Niu pula monyok je sbb tak jumpa Abah, bila Abah dh balik dia ngajuk xnak dekat kat Abah..

Adek dah pergi selama-lamanyer.. Pada subuh 17 Mar 2013, Kak Dee terdengar bunyi sekumpulan anjing kat luar rumah n juga suara kucing gaduh. Aper lagi berlari mencari kunci tuk kluar rumah. Kak Dee terdengar bunyi suara kucing yg sgt perlahan..Panggil ayu n kebetulan Pak Cik Mat pun kluar rumah sbb baru perasan yg Adek xde dalam rumah..Rupa2nyer Adek yg kena serang dgn anjing2 tu. Jumpa Adek dlm longkang yg berair depan rumah. Mula 2 Kak Dee ingat Si Seri sbb bulu warna kelabu, rupa2 Adek. Habis bulu Adek yg putih bersih tu kotor dgn warna kelabu. Adek xboleh bangun langsung tp masih mengahut bila Kak Dee panggil dia. Sedih betul tengok keadaan Adek. Kak Dee n Ayu teman kan Adek sementara Pak Cik Mat gi solat subuh. Nafas Adek makin perlahan tp masih menyahut  bila Kak Dee panggil. Bila Pak Cik Mat balik dari solat, Kak Dee n Ayu masuk rumah sbb xsanggup tgk Adek pergi. Pak Cik Mat yg temankan Adek. Xpela Adek kirim salam kat Mok Mok, Tom Tom, Blanket n Kakak tuk Kak Dee ye. Allah SWT lebih menyayangi Adek...

Kak Dee ada order biji benih dgn Kebun Bahagia tp masih xsmpt nak memulakan aktiviti berkebun. Insyaallah bila Abah dh sembuh Kak Dee akan mulakan.

Selasa, 12 Mac 2013

Oh my blog....

 

Dah lama x update blog ni....

Hari ni nak update yg saya dh order banyak benih2 untuk ditanam dari Kebun Bahagia. Banyak jugak Kak Dee beli biji benih, macam byk tempat tu menanam. Aktiviti berkebun akan bermula kembali...hehe,...

Pasal budak2 bulus...nak bagi tau ni yg Blanket n Kakak dah takde....Blanket pada awal bulan March dan Kakak semalam...Pakcik Mat dh bawa pergi jumpa Vet tp xtau nape dgn dia. Vet hanya bagitau dia kena virus je....Phantom pun kena penyakit yg sama. Harap dia panjang umur. Seri beranak sembilan ekor baby cat tp dia dh bunuh 5 ekor tinggal lagi 4 je...tu pun Pakcik Mat asingkan kalau xmesti dah arwah jgk. Nickhun baru sihat sikit..lupa nak cerita, Nickhun ni sakit teruk gakla 2 minggu lepas so dia kena kuarantin. Byk jgk ubat yg Vet bekalkan, tuk 10 hari. Nickhun kena selesema yg teruk n tulang kt dada retak - sebab gaduh kot dgn Si Tiger hari tu. Niu Niu pula kena mites kat telinga. Sian dia dah macam beruk (bak kata Mak Kak Dee). Mengaru je keje dia pastu xbagi org bersihkan telinga. Dah guna apple cider

Si  Kering pun dah xde tinggal Si Gendut je...dh makin besar n kuat makan. Harap dia membesaer dgn sihat...sorry Kak Dee xdpt nk bwk balik rumah. Hanya dapat bagi makan je. 

 
Jumpa kucing calico yg kurus kering dgn 5 ekor babycat...yg tinggal dkt kwsn rumah org...Tak paham la org kat situ....tak boleh ke bagi sikit makanan kat stray cat. Tak boleh bagi makanan mahal, sisa 2 makanan pun boleh, itu pun nak kedekut sangat...sanggup tengok kucing tu merayu minta makan n sepak kucing tu. Tak miskin pun kalau bagi kucing tu makan, bertambah rezeki ada la. Pastu kalau ada org bagi makan kt kucing tu boleh pula pandang sinis, ko ingat aku takut ke? xkisah pun dgn jelingan korang. Dari aku berdosa sbb tengok je keadaan tu baik aku bg diaorg makan. Tak paham langsung dengan org Melayu ni (sesetengah je) yg tak suka dgn kucing, xyah nak dera, sepak, jirus air panas, minyak panas dan sbgainya....ingat nti korang kena jawap kat akhirat tau sebab menyeksa binatang. Lagipun, kucing tu kan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Entahla...Sorry terlalu emosi sangat...sedih sebenarnya...kalau tak suka dgn kucing jangan diseksa, berdosa nanti...

Rezeki bulan ni murah sikit, dpt beli makanan tuk Stray cat dan Niu Niu. Banyak gak beli harap tahan tuk 2 bln. Niat nak jadi photographer, still xdapat lagi sebab slalu hujan la skrg ni... insyaallah ada masa akan di kongsi disini. Ni nak share gambar Niu Niu.


Jomla main Kak Dee...asyik nak tangkap gambar je..sudah2 la tu..

Minta tolong garu belakang xboleh...golek2 la nti mesti gatal hilang..harap Kak Dee xnampak. Niu Niu siap ko lepas ni confirm kena mandi, siapla akak berus badan ko


See you next time....  :)

Dee

Isnin, 25 Februari 2013

Hujan Oh Hujan









Lambat dpt update sbb banyak benda yang nak dibuat masa cuti.. Ingat dapat la nak jadi photographer tp sbb cuaca yg tidak mengizinkan (hujan lebat), dapat la tangkap gambar Niu Niu, Nickhun, Adek dan Phantom. Nickhun kena selesema balik, Phantom makin kurus tapi makan banyak, Adek pun kurus tapi sbb xnak masuk rumah, nampak je Pak Cik Mat terus cabut lari. Bulu still maintain bersih dan lembut, pandai Adek jaga bulu.

Niu Niu makin nakal, lompat sana lompat sini, terjun sana terjun sini, lari, main dgn tikus, koyak kan kotak, tumpahkan air, mogok, tunjuk perasaan. Dan macam2 lagi. Dah pandai cari back up (Abah) bila kena marah, lambat bagi makan – dia tumpahkan air n mangkuk makan, paksa org main dgn dia, buka sliding door sbb nak kluar dan sepah kan barang kat rumah. Niu Niu makin tembam, makan banyak, tido banyak, sangat manja, melawan klu kena marah. Dulu 2 kg BritCare tahan tuk 1 bulan sekarang dkt 3 kg sebulan, lepas ni kena beli pack besar la…pokai la Kak Dee nak beli makanan ni…

Niat nak beli sangkar tak termakbul lagi. Maybe next month, beli masa Cat show kt Putrajaya.



Nickhun yg selesema, lepas muntah kena makan rumput. Pastu makan Blackwood balik. Eh Abg Hensem datang la.. mesti bau Blackwood ni..Kak Dee cepatla bagi Blackwood tu kang abis Abg Hensem balon.


 Sedapla Blackwood ni Kak Dee...kenyang perut Adek. Nti Kak Dee beli banyak2 tau. Hujan2 ni perut lapar n mata ngantuk la


Besornyer mata. Niu Niu on attack mode..lalat di depan mata. Arwah dah lalat tu kena kerja dgn dia.



Kak Dee cepatla tangkap gambar penat posing ni, asyik nak tangkap gambar je. Phantom dah lapar ni..nti Nickhun makan kibble org.


Ni je yg dapat tangkap ahad lepas. Hujan lebat sangat. Budak2 bulus main kt kawasan rumah je. Nti Kak Dee upload gambar yg lain..

See you next time.... :)


Jumaat, 22 Februari 2013

Bermulanya di sini.....

Cepatnyer masa berlalu...
Sekejap je dah hari Jumaat yg mulia ni

Semalam hari yang menyedihkan untuk Dee sebab...Marble (babycat) yang baru ditemui dua minggu lalu bersama lagi 5 ekor anak kucing telah mati dilanggar. Keadaan Marble sgt teruk dan tak dapat berkongsi gambar dengan korang. 

Masih ingat lagi kecomelan marble n geng yang selalu berlari-lari setiap kali mendengar bunyi motor kapcai Dee datang. Dari 6 ekor babycat, sekarang hanya tinggal 2 ekor sahaja. Ajal mereka telah sampai. Allah S.W.T lebih menyayangi mereka...

Tinggal si gendut n si kering je...Gendut yang buncit n kuat makan dgn Kering yang kurus sangat tapi makan banyak...semoga mereka panjang umur...

Semalam tak sempat nak pergi singgah bagi makan kat Oyen, Tompok n Kiki...balik ni mesti singgah kalau tak mesti kebulur la diaorang....

Semalam Si Chi Chi Gedik anak Fida baru kena kejar dan gigit dgn kucing liar aka Abang Hensem. Tula kan dah pesan jangan pergi mengayap jauh-jauh tapi tak nak dengar kan dh berlubang kaki tu. Melawan lagi cakap Mummy Fido ko...padan muka..

Hari ni kalau sempat nak jadi photographer jap. Pergi tangkap gambar si comel bulus dan share dengan korang...Wish me luck ...nk tangkap gambar budak-budak yang tak reti duduk diam.... see you soon....

Khamis, 21 Februari 2013

First Time Blogger..



Assallamualaikum pembuka kata..
salam sejahtera, salam ceria.. salam ukhwah dan salam perpaduan...

Nama di daftarkan NorDiana Binti Hassan. Lebih mesra dipanggil Dee, Dinot, Diana and etc.
Pertama kali menjadi seorang blogger...kira-kira baru nk menjinak kan diri ..
Seorang graduan Universiti Malaysia Sarawak...seorang yang sangat suka bercakap tapi juga seorang yang beremosi...boleh menjadi sangat pendiam...Sangat berminat menjadi seorang petani moden tapi tak mampu lagi nak beli tanah so tanam kecil-kecilan kt depan rumah... pet lover...akan berkongsi cerita tentang minat berkebun dan pet kesayangan (merangkap adik kesayangan kat rumah) Niu Niu...
 







tak tau nak tulis aper lagi ..to be continue...hehehe...


***Dee***