Bermulanya di sini.....
Cepatnyer masa berlalu...Sekejap je dah hari Jumaat yg mulia ni
Semalam hari yang menyedihkan untuk Dee sebab...Marble (babycat) yang baru ditemui dua minggu lalu bersama lagi 5 ekor anak kucing telah mati dilanggar. Keadaan Marble sgt teruk dan tak dapat berkongsi gambar dengan korang.
Masih ingat lagi kecomelan marble n geng yang selalu berlari-lari setiap kali mendengar bunyi motor kapcai Dee datang. Dari 6 ekor babycat, sekarang hanya tinggal 2 ekor sahaja. Ajal mereka telah sampai. Allah S.W.T lebih menyayangi mereka...
Tinggal si gendut n si kering je...Gendut yang buncit n kuat makan dgn Kering yang kurus sangat tapi makan banyak...semoga mereka panjang umur...
Semalam tak sempat nak pergi singgah bagi makan kat Oyen, Tompok n Kiki...balik ni mesti singgah kalau tak mesti kebulur la diaorang....
Semalam Si Chi Chi Gedik anak Fida baru kena kejar dan gigit dgn kucing liar aka Abang Hensem. Tula kan dah pesan jangan pergi mengayap jauh-jauh tapi tak nak dengar kan dh berlubang kaki tu. Melawan lagi cakap Mummy Fido ko...padan muka..
Hari ni kalau sempat nak jadi photographer jap. Pergi tangkap gambar si comel bulus dan share dengan korang...Wish me luck ...nk tangkap gambar budak-budak yang tak reti duduk diam.... see you soon....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan